Wednesday, 22 May 2013

Terengganu mahu tumbangkan Selangor di Shah Alam

Saha sedia gempur kubu Red Giants.

Kekalahan 1-2 kepada Selangor pada pusingan pertama 15 Januari lalu masih segar dalam ingatan dan malam ini barisan Terengganu turun dengan semangat juang tinggi untuk melemaskan skuad Red Giants di Stadium Shah Alam, Selangor.
Bagi merealisasikan impian itu, pemain tengah Penyu, Ismail Faruqi Ashari mahu rakan sepasukan lebih fokus dan berikrar memperagakan aksi terbaik untuk mengutip mata penuh.

Bekas pemain kebangsaan itu turut meminta rakan sepasukan tidak mencampur adukkan urusan peribadi dengan perlawanan malam ini untuk mengelak pemain hilang fokus bagi melunaskan misi membalas dendam kekalahan lalu.
“Selain misi utama mengutip tiga mata di laman lawan tercapai, misi membalas dendam kekalahan pusingan pertama turut menjadi matlamat kami,” kata anak jati Kuala Terengganu itu.

Pemain berusia 27 tahun itu turut meminta rakan sepasukan meneruskan rentak cemerlang menewaskan Perak, 3-1, Sabtu lalu di laman lawan untuk memperbaiki kedudukan tangga ketujuh dengan 24 mata.

Bekas pemain T-Team itu tidak dapat beraksi ketika menentang Perak kerana digantung satu perlawanan dan kepulangan pemain itu pasti menceriakan kem Terengganu.
“Selepas berjaya menewaskan Perak, pertemuan dengan Selangor medan terbaik membuktikan Terengganu juga mampu menjadi pencabar terkuat musim ini.”-harian metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib