Monday, 13 May 2013

Sultan Ibrahim mahu wakil Cina dalam exco Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, betapa pentingnya ada wakil daripada pemimpin Cina dalam barisan exco kerajaan negeri pada  penggal yang baru.

Titah berkenaan disuarakan Tuanku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Adun Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi di sini, kelmarin.

Mohamed Khaled berkata, tuanku bertitah mahu barisan exco kerajaan negeri yang bakal dilantik turut dibarisi wakil daripada  pemimpin kaum Cina kerana baginda amat mengambil berat soal perpaduan antara kaum di Johor.

“Tuanku mahu ada wakil pemimpin Cina dalam barisan exco. Jadi, saya harap titah tuanku ini akan diterima baik dan dijayakan wakil pemimpin Cina dari- pada MCA atau Gerakan yang menang pada PRU13,” katanya ketika kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, beliau turut  meminta semua pihak agar menunggu keputusan rasmi berhubung senarai barisan exco kerajaan negeri sehingga tarikh mengangkat sumpah yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Tambahnya, tunggu sehingga keputusan rasmi barulah diketahui siapa yang dilantik.

Terdahulu, akhbar ini, semalam, melaporkan pertemuan Najib yang diiringi  Mohamed Khaled menghadap Sultan Ibrahim.

Pertemuan perdana menteri bersama Sultan Ibrahim itu  difahamkan bertujuan membincangkan perlantikan Menteri Besar Johor yang baru bagi menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman selain mempersembahkan cadangan nama barisan exco kerajaan negeri untuk penggal baru.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib