Sunday, 5 May 2013

Ong Kim Swee tidak kisah dikritik aksi suram Harimau Muda A

Ong Kim Swee tetap fokus mantapkan pasukan.

“Kalau semata-mata nak menang, boleh saja saya aturkan perlawanan menentang kelab divisyen dua atau tiga, sudah tentu kami boleh menang. Tapi untuk apa?”

Demikian kata jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee mengulas situasi skuad B-23 negara itu yang masih belum meraih sebarang kemenangan selepas hampir dua bulan berguru di Slovakia.

“Biarlah apa orang nak kata mengenai keputusan kurang baik ketika ini kerana jika saya tak beri peluang di sini, apa akan jadi jika ada pemain utama tidak dapat disenaraikan pada Sukan SEA (Disember depan) kerana cedera. Pendedahan amat penting,” Ong Kim Swee, jurulatih Harimau Muda A

Selepas mengharungi tujuh perlawanan, Harimau Muda A seri dua kali iaitu dengan Slovakia B-19 (1-1) dan Norway B-19 (0-0) tetapi tewas lima kali iaitu kepada Georgia B-21 (7-1), MSK Zilina (4-1 dan 3-2) serta terbaru, dua kelab Hungary, Siofok (4-0) dan Kaposvari (3-0).

“Majoriti pemain yang saya turunkan bukan kesebelasan utama pada setiap perlawanan. Kami bertemu pasukan-pasukan yang cukup baik dari divisyen utama dan biarpun tidak menang, pemain tetap dapat pendedahan serta membentuk persefahaman.

Izzaq Faris Ramlan masih cedera.
“Dengan kecederaan dialami Fandi Othman, Izzaq Faris Ramlan, A Thamil Arasu, Wan Zaharulnizam Zakaria, Kenny Palraj dan Gary Steven Robbat serta tanpa pula Nik Shahrul Azim, Zubir Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, Nazirul Naim Che Hashim, Amer Saidin dan Nazmi Faiz Mansor yang tiada di sini, ia membuka peluang kepada pemain lain.

“Biarlah apa orang nak kata mengenai keputusan kurang baik ketika ini kerana jika saya tak beri peluang di sini, apa akan jadi jika ada pemain utama tidak dapat disenaraikan pada Sukan SEA (Disember depan) kerana cedera. Pendedahan amat penting,” kata Kim Swee ketika dihubungi di Slovakia, semalam.

Skuad Harimau Muda A bakal berdepan kelab divisyen 1 Slovakia, Nitra untuk perlawanan seterusnya, Selasa ini sebelum dua minggu fokus kepada sesi latihan menjelang aksi persahabatan dengan dua kelab Republik Czech, hujung bulan ini.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib