Wednesday, 15 May 2013

Najib mengadap Agong hari ini untuk dapat perkenan barisan kabinet

Najib Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, di sini, pada 12 tengah hari esok bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan kabinet baru.

Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis.

Demikian menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib