Sunday, 12 May 2013

LionsXII semakin hampir jadi juara Liga Super 2013


Aksi Ashari Samsuddin dengan pemain Pahang.
Langkah LionsXII untuk bergelar juara Liga Super semakin hampir menjadi kenyataan apabila tidak berdepan masalah mengutip tiga lagi mata di Stadium Jalan Besar selepas membenam T-Team 3-0 semalam.

Kemenangan itu meletakkan Lions unggul pada tangga teratas liga dengan 34 mata namun masih diekori rapat oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan 33 mata selepas juga melakar kemenangan 1-0 ke atas Felda United.

Kelebihan semakin memihak LionsXII kerana kurang satu perlawanan.

Sementara itu, di Stadium MBPJ Kelana Jaya, gol tunggal Hairuddin Omar pada minit ke-10 sudah mencukupi buat ATM membawa pulang tiga mata walaupun turun tanpa ayam tambatan seperti Marlon Alex James, K. Reuben dan Christie Jayaseelan.

Perlawanan Felda dan ATM .
Bermula dengan sepakan percuma Norfazly Alias, Hairuddin bijak menghidu kehadiran bola dan berjaya mengatasi kawalan pertahanan ATM untuk menanduk masuk menewaskan Helmi Eliza Elias.

Walaupun diasak hebat oleh Felda, kecemerlangan Farizal Harun menjadi penghalang terbesar lawan apabila dia berjaya menepis keluar rembatan padu Riduwan Maon pada minit ke-62 sebelum percubaan Leonel Saint-Preux ditampan kemas, 12 minit kemudian.
Jurulatih ATM, B. Sathianathan mengakui berpuas hati kerana memperolehi tiga mata, sekali gus menghampiri sasaran untuk berada dalam kelompok tiga pasukan atasan.

Terengganu sekadar berkongsi mata dengan Pahang selepas kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 2-2 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.
Pasukan tuan rumah harus menyalahkan diri mereka sendiri terhadap keputusan tersebut ekoran kegagalan jentera penyerangnya menyudahkan beberapa peluang yang mereka cipta.
Johor Darul Takzim (Johor DT) mengamuk di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
Skuad kendalian Fandi Ahmad itu bangkit garang untuk mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Selangor PKNS pada aksi Liga Super, sekali gus meraih tiga mata berharga.
Selepas mengharungi 16 perlawanan, Johor DT kekal di tangga ketiga liga dengan mengumpul 28 mata di belakang pendahulu Lions XII dan ATM di tangga kedua liga.
Kemenangan tersebut juga merupakan kemenangan ke sembilan pasukan Johor DT dan setakat ini masih mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri.-kosmo
Keputusan penuh Liga Super 2013 (Perlawanan ke 16)
Johor DT FC 3-1 PKNS FC
Lions XII 3-0 T-Team
Terengganu 2-2 Pahang
Felda 0-1 ATM
N.Sembilan 0-3 Kelantan
Selangor 1-1 Perak

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib