Wednesday, 15 May 2013

Khalid Abu Bakar ganti Ismail Omar Ketua Polis Negara

Tan Sri Khalid Abu Bakar
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa Jumaat ini menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang bersara wajib.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa pada hari sama.
Khalid, 56, berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, memiliki ijazah Perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau menjalani latihan sebagai Inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Disember 1976 dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti Narkotik Kedah pada 1997
Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin
Beliau pernah menjadi Ketua Polis Selangor, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman sebelum menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pada tahun 2011.
Dalam pada itu, Mohd. Bakri, 59, yang berasal dari Penampang, Sabah, memiliki Diploma Sains Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 November 1975 sebagai Inspektor Percubaan.
Beliau pernah berkhidmat di beberapa tempat sebagai Ketua Polis Daerah termasuk Kudat, Sandakan dan Lahad Datu di Sabah serta Cheras. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib