Saturday, 25 May 2013

Kelantan, Terengganu, Johor DT, Pahang cari bekalan selesa


Tiga wakil pantai timur Kelantan, Terengganu dan pahang serta wakil tunggal dari selatan iaitu Johor DT bakal berentap pada separuh akhir pertama Piala FA 2013 malam ini. Keempat-empat pasukan dilihat mempunyai peluang yang seimbang tetapi pasukan Kelantan dan Johor DT dilihat lebih bersemangat kerana bermain di tempat sendiri dibantu sorakan penyokong setia masing - masing.

Kelantan akan turun dengan misi menang ke atas musuh tradisi, Terengganu dalam aksi separuh akhir pertama kempen Piala FA, di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. Pengurus pasukannya, Azman Ibrahim berkata, misi itu penting memandangkan ia peluang terbaik untuk Kelantan menang piala musim ini.

Katanya, jika menang, Kelantan sekurang-kurangnya memiliki kedudukan selesa sebelum bertemu lawan sama pada aksi timbal balik di Kuala Terengganu nanti.


Terengganu cari bekal di Kota Bharu.
Di kem Terengganu pengendalinya, E Elavarasan sedar kekuatan pasukan The Red Warriors dan mereka lebih bersemangat apabila turun beraksi di gelanggang sendiri di Kota Bharu, malam ini.

Kecederaan yang dialami Effa Owona turut merencatkan perancangan Skuad Penyu namun, Elavarasan menegaskan pemainnya telah bersedia mencari bekalan untuk dibawa semasa perlawanan timbal balik pada 28 Mei ini.

Sementara itu kejayaan menumpaskan penyandang juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan wajar dijadikan ‘perangsang’ anak buah Fandi Ahmad untuk melakar kemenangan bagi aksi menentang Skuad Tok Gajah.

Kebolehan Pahang tidak seharusnya dipandang rendah Harimau Selatan kerana mereka turut membuktikan kesungguhan menumpaskan Negeri Sembilan di gelanggang lawan.

Tumpuan pastinya terarah kepada kemampuan Safee Sali, Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Talaha dan import Argentina, Leonel Nunez untuk merobek gawang Pahang.
Johor DT dan Pahang dilihat sama kuat.
Bagi Pahang, penyudah perlu tajam dan aksi lambat perlu dielakkan Pahang apabila berhadapan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin malam ini.

Bermain di gelanggang lawan bagi 90 minit pusingan pertama separuh akhir, Pahang perlu memperbaiki penyudah mereka selepas dilihat agak sukar untuk membolos gawang lawan walaupun berjaya mempamerkan aksi menarik seandainya menyimpan hasrat ke pentas final Piala FA tercapai.

Perlu pantas mengambil peluang terhidang untuk mengegarkan gawang lawan sekali gus membawa bekalan selesa itulah perlu dilakukan anak didik Dollah Salleh seandainya ingin bermain tanpa sebarang tekanan dilaman sendiri, 28 nanti.-
sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib