Friday, 24 May 2013

FAM bakal hukum Johor DT

Perlawanan Johor DT dan Kelantan.

Kemenangan Johor Darul Takzim (DT) ke atas Kelantan 2-0 dalam aksi Liga Super terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan ke atas kekecohan penyokong Harimau Selatan pada perlawanan di Stadium Larkin, kelmarin.
Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya sudah meneliti laporan mengenai insiden kekecohan yang berlaku hingga menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan 40 minit.
“Kami sudah menerima laporan dan masih meneliti satu, dua perkara sebelum memutuskan hukuman terhadap mereka (Persatuan Bolasepak Negeri Johor). Ini kerana (hukuman) sudah termaktub dalam peraturan FAM dan tindakan tegas akan diambil nanti,” katanya.
Perlawanan ke-18 bagi kedua-dua pasukan itu dimulakan lewat 40 minit apabila pegawai perlawanan dan keselamatan terpaksa mengasingkan penyokong Johor DT dan Kelantan selepas salah seorang penyokong mengalami kecederaan di kepala akibat terkena balingan objek keras.
Bagi mententeramkan keadaan, segelintir penyokong Harimau Selatan terpaksa diarah berada di trek stadium buat seketika.
Ini bukan kali pertama PBNJ terpaksa berdepan malu angkara penyokong sendiri kerana mereka pernah didenda RM30,000 atas insiden pembakaran suar oleh penyokong ketika menentang Negeri Sembilan, 2 Mac lalu, Dalam perkembangan lain, Azzuddin turut mengesahkan skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan pusat di Australia selepas perlawanan persahabatan menentang Singapura awal bulan ini dibatalkan.
“Selepas mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Singapura, kami membuat keputusan membatalkan perlawanan itu. Berikutan itu, skuad negara akan mengadakan latihan pusat di Australia,” katanya.-harian metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib