Thursday, 16 May 2013

Eduardo Almeida ganti Butler latih T-Team

Almeida ambik alih tugas sebagai jurulatih.
KETUA jurulatih dan pengarah teknikal Akademi Bola Sepak Titans Muda, Eduardo Almeida  akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih sementara pasukan T-Team daripada Peter James Butler mulai hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif  T-Team, Ab Rasid Jusoh berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan bekas pengendali pasukan Terengganu itu dan Butler bersetuju untuk menamatkan kontraknya lebih awal.

Menurutnya, tempat Butler akan diambil alih Eduardo Almeida buat sementara untuk baki lima perlawanan Liga Super dan akan dibantu oleh penolong ketua jurulatih Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor.

“Keputusan ini dibuat memandangkan pasukan kini berada dalam keadaan bahaya (kedua tercorot liga), jadi kita terpaksa melakukan sesuatu bagi menyelamatkan pasukan ini untuk terus kekal beraksi dalam Liga Super musim depan.

Butler setuju kontrak dtamatkan lebih awal.
“Apa yang paling penting sekarang adalah untuk memastikan T-Team terus bermain dalam Liga Super musim depan dan kita yakin Eduardo Almeida mampu menyelamatkan pasukan ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ab Rasid berkata, perlawanan menentang pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (JDT) esok amat penting buat T-Team kerana ia menjadi titik tolak buat pasukan sama ada kekal atau sebaliknya dalam kancah Liga Super musim depan.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib