Thursday, 2 May 2013

Cadangan Pas keluar PR dibincang selepas PRU13 - Harun Taib

Datuk Harun Taib
Kepimpinan pusat Pas meminta akar umbi yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) boleh usulkan cadangan tersebut pada muktamar yang dijadualkan hujung tahun ini.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, perkara itu boleh dibincangkan secara bersama dan sebarang keputusan bakal ditentukan mengikut suara majoriti ahli parti.

Sehubungan itu, Harun menyeru semua ahli akar umbi Pas untuk bersabar sehingga misi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selesai.

“Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini. Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusanitu, tetapi bukan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ahli parti itu melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataanTimbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang menggesa orang bukan Islam tidak mengundi Pas pada pilihan raya umum nanti.

Sebelum itu, Harun pada kenyataan medianya berkata, tindakan Norman Fernandez menggesa rakyat menolak Pas hanya akan merugikan pakatanpembangkang khususnya DAP.

Ini kerana, menurut Harun, Pas mempunyai jumlah penyokong terbesar dan kenyataan Norman boleh membuatkan penyokong tersebut berpaling dari DAP.

Katanya, Pas akan menyerahkan keputusan kepada DAP untuk memutuskan tindakan terhadap Norman dan tidak akan mendesak beliau meminta maaf.

Sabtu lalu, pemimpin DAP Fernandez mengejutkan ramai pihak apabila tampil menggesa pengundi untuk menolak Pas kerana parti itu bersungguh sungguh untuk melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat menang PRU13.

Beliau turut mencadangkan agar pengundi bukan Islam untuk memikirkan sebaiknya sebelum menyerahkan masa depan kepada Pas.

Kenyataan Fernandez itu dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mana memperjuangkan negara Islam dan hudud.

Susulan itu, Setiausaha Pengelola DAP,Anthony Loke berkata, Norman Fernandez bakal dikenakan tindakan tegas oleh parti itu selepas PRU13 kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutanterhadap Pas.

Menurutnya, tindakan selepas PRU itu, kerana DAP ingin fokus menghadapi pilihanraya yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Ujar Anthony, kenyataan Norman Fernandez bersifar peribadi dan bukannya mewakili parti DAP.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib