Thursday, 25 April 2013

Wanita Jerman diragut, 2 lelaki dicari

Gambar hiasan

Polis memburu dua lelaki yang cuba meragut seorang warga Jerman sehingga wanita itu patah sendi bahu kanan dan tulang pinggul.
Mangsa, Anna Kaster, 55, cuba diragut dua lelaki bermotosikal ketika menunggu teksi di Jalan Mamanda 1, di sini, untuk pulang ke rumahnya menyebabkan berlaku pergelutan sebelum dia terjatuh dan cedera dalam kejadian jam 8.40 malam, 31 Mac lalu.

Insiden disedari sepasang suami isteri yang melalui jalan berkenaan dan membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang melawat Kaster di hospital berkenaan, semalam berkata, polis sudah mengambil beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada kedai berhampiran kawasan kejadian. “Kami juga sudah merakam keterangan saksi yang membawa mangsa ke hospital selain melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan,” katanya.

Amiruddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan pihaknya akan menjalankan siasatan sehingga tertangkapnya kedua-dua suspek berkenaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-4252 2222 / 03-4252 4866 atau balai polis berhampiran.
Kaster yang juga penceramah bebas motivasi berkata, keadaannya bertambah baik selepas menerima rawatan sejak dimasukkan ke hospital itu tiga minggu lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit termasuk kakitangan hospital, polis dan orang ramai yang banyak membantu saya,” katanya. Itu kejadian kedua menimpanya selepas kali pertama disamun di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di ibu kota pada 2008.-
harian metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib