Wednesday, 24 April 2013

(Video) Suarez bakal dihukum kes gigit lengan

Aksi Luis Suarez menggigit lengan Inanovic.

Penyerang Liverpool, Luis Suarez disabitkan dengan kesalahan berkelakuan ganas oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England kelmarin.
Suarez berdepan hukuman selepas menggigit lengan pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic ketika kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi Liga Perdana England di Anfiled, Ahad lalu.
FA England menjelaskan bahawa mereka sudah bersedia untuk menjatuhkan hukuman seperti biasa iaitu penggantungan tiga perlawanan kerana kesalahan yang dilakukan Suarez dapat dilihat dengan jelas.
Begitupun, badan induk bola sepak itu masih menunggu penjelasan daripada Suarez sebelum Jawatankuasa Tatatertib FA menjatuhkan hukuman.
Liverpool turut mendenda penyerang sensasi Uruguay itu dan meminta wang tersebut disalurkan kepada Hillsborough Family Support Group.
Kejadian buruk itu menjejaskan kredibiliti Suarez sebagai penyerang terbaik Liverpool dan Uruguay, sekali gus dipaksa membuat permohonan maaf kepada Ivanovic.
Pengurus skuad The Reds, Brendan Rodgers mengakui yang perbuatan Suarez itu tidak boleh diterima.
Sementara itu, pemain Dynamo Moscow, Otman Bakkal menyelar perbuatan buruk Suarez, sekali gus mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa gigitan pemain tersebut ketika beraksi dalam kempen Liga Belanda pada 2010.
Pada aksi tersebut, Suarez menggigit leher Bakkal.
Suarez yang mewakili Ajax Amsterdam digantung tujuh perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Belanda atas kelakuan ganas terhadap Bakkal yang beraksi bersama PSV Eindhoven.
Bagaimanapun, insiden hitam itu menyebabkan Suarez meninggalkan Ajax dengan menyertai Liverpool pada Januari 2011.
Bakkal percaya Suarez memiliki masalah panas baran. - kosmo


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib