Wednesday, 3 April 2013

(Video) The Red Warrios Pamer Aksi Sang Juara

Aksi Faiz Subri mendapat pujian
Kelantan mempamerkan prestasi sebenar sebenar sang juara selepas tampil aksi yang mengagumkan ketika menewaskan pasukan SHB Da Nang FC 5-0 pada kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia, (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Dua watak utama yang membantu The Red Warriors mendapat 3 mata adalah pemain sayap kiri Mohd Faiz Subri dan penyerang import Dickson Nwakaemi.
Kemenangan itu juga menyaksikan The Red Warriors mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri sejak musim lalu selain meleburkan SHB Da Nang yang tidak pernah tewas selepas tiga perlawanan sejak saingan AFC bermula.
 Nwakaeme membuka tirai jaringan menerusi percubaan luar kotak penalti selepas menerima hantaran pemain sayap, Mohd Faiz Subri yang mempamer kelincahan melepasi tiga pemain lawan.
Minit keenam, Indraputra terus menjarakkan kedudukan apabila menghasilkan jaringan kedua selepas menerima umpanan cantik bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos sekali gus menewaskan penjaga gol, Nguyen Thanh Binh.
Dickson lincah menggelecek pemain lawan
Kelincahan Mohd Faiz terus menjadi perhatian kira-kira 10,000 penyokong, malah usahanya berjaya menghasilkan jaringan ketiga pada minit ke-23 selepas menerima umpanan Nwakaeme sekali gus terus mengukuhkan kedudukan.
Bermula babak kedua, Kelantan terus garang malah Nwakaeme terus mempamer kehebatan dengan merembat kencang dari kotak penalti pada minit ke-47 namun sekadar melepasi palang gol.
SHB Da Nang terus derita apabila Petratos menghadiahkan jaringan keempat Kelantan pada minit ke-58 selepas menerima hantaran lintang Mohd Faiz.
Kelantan berpeluang menghasilkan gol kelima menerusi sepakan penalti selepas Nwakaeme dikasari penjaga gawang pada minit ke 69. Namun sepakan penalti Mohd Shahir Shaari tersasar ke kanan gawang meskipun penjaga gol sudah tidak dapat membaca arah sepakan berkenaan.
Minit ke-83 penyerang berbahaya, Nwakaeme digantikan dengan Zairo Anuar Zailani. Penyokong Kelantan terus berpesta apabila kapten, Mohd Badri Radzi menjaringkan gol kelima pada minit ke-85 dengan melakukan percubaan dari luar kotak penalti selepas penjaga gawang lawan keluar dari kawasannya untuk menyelamatkan serangan Petratos.
Dua minit masa tambahan tidak cukup untuk SBH Da nang mencari gol sagu hati yang menyaksikan keputusan 5-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.-harian metro


1 comments:

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib