Friday, 26 April 2013

Timbalan KP Kastam ditembak mati di Putrajaya

Datuk Shaharuddin Ibrahim

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia II (Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini.

Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi.

Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal.

Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib