Wednesday, 24 April 2013

(Terkini) Rajagobal terlepas hukuman kritik FAM

Datuk K.Rajagopal
JURULATIH kebangsaan, Datuk K. Rajagobal terlepas daripada hukuman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila didapati tidak bersalah melanggar Artikel 18 Statut badan induk bola sepak itu.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak kepada pemberita selepas bersidang hampir tiga jam di Wisma FAM, hari ini.

Taufek berkata, setelah meneliti pita rakaman diserahkan oleh Rajagobal, pihak jawatankuasa mendapati tiada kes melibatkan jurulatih berusia 56 tahun itu.

"Dan setelah meneliti pita rakaman yang dibawa oleh Rajagobal, kami berpuas hati dan mendapati dia (Rajagobal) tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian," kata Taufek.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib