Saturday, 6 April 2013

Terengganu Waspada Taktik N.Sembilan

Kesebelasan kemungkinan Terengganu malam ini.

Tewas 2-3 kepada Johor Darul Takzim dalam saingan liga tempoh hari tidak memadamkan semangat juang Terengganu untuk mempamerkan aksi terbaik ketika berkunjung ke Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan suku akhir pertama Piala FA hari ini.

Pengendali Terengganu, E.Elavarasan berkata, kemenangan ke atas Negeri Sembilan pastinya akan mengubat kekecewaan tersebut sekali gus memberi kelebihan buat pasukannya ketika aksi timbal-balik kedua di gelanggang sendiri nanti.

"Persediaan kita untuk berhadapan Negeri Sembilan kini berada di tahap terbaik dan saya yakin dengan prestasi semasa yang ditunjukkan oleh anak-anak buah saya.

Negeri Sembilan bersedia beraksi habis-habisan.
"Bagaimanapun, kita masih perlu berhati-hati dan menghormati lawan apatah lagi mereka akan beraksi di laman sendiri," katanya.

Jelas Elavarasan, skuad Penyu juga akan diperkuatkan dengan kehadiran semula dua pemain tonggak iaitu Md. Zubir Azmi dan Ismail Faruqi Ash'ari dalam perlawanan itu nanti.

Beliau turut berharap agar jentera serangan yang diterajui oleh Jean-Emmanuel Effa Owona akan menjadi lebih tajam di depan gol bagi memastikan peluang yang terhidang dapat disempurnakan dengan sebaiknya.

"Jentera serangan ini amat penting dan kita berharap mereka tidak akan mensia-siakan sebarang peluang di depan gol selepas ini," ujar beliau.-utusan gambar fb ganusoccer,duniasukan.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib