Saturday, 27 April 2013

Terengganu, Pahang & ATM kutip 3 mata penuh

Aksi Pahang dan Felda United.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  berjaya memintas Selangor di tangga ketiga Liga Super selepas mengalahkan PKNS 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Skuad bimbingan bimbingan B.Sathianathan itu memintas Selangor  dengan kelebihan satu mata selepas mengutip 24  mata daripada 14  perlawanan.

Bagaimanapun kedudukan ATM akan berubah sekiranya Selangor mencatat kemenangan ke atas Lions XII di Stadium Shah Alam, malam esok.

Dua gol ATM dijaringkan oleh Hairuddin Omar  pada minit ke-43 dan Marlon Alex James (73).

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Pahang mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Felda United 2-0.

Selepas 14 perlawanan, Pahang kekal di tangga kelima  dengan mencatat 23 mata.

Terengganu lawan Negeri Sembilan.
Dua gol Pahang disumbangkan oleh Matias Conti pada minit ke-25 dan Fauzi Roslan (65).

Dalam aksi sebelah petang, Mohd Ashaari Shamsuddin muncul wira Terengganu selepas jaringannya pada minit ke-93, memastikan skuad Penyu mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah.-sinar harian





Berikut keputusan Liga Super:

ATM 2-0 PKNS

Pahang 2-0 Felda United

Terengganu 1-0 Negeri Sembilan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib