Sunday, 7 April 2013

Terengganu, Kelantan & Selangor Tersenyum Riang


Aksi Pahang dan Sime Darby
KELANTAN, Selangor dan Terengganu  antara tiga daripada lapan pasukan yang berjaya mempamerkan aksi cemerlang dengan menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA malam ini.

Dengan keputusan itu membuatkan Kelantan, Selangor dan Terengganu  membawa bekalan selesa untuk memburu slot separuh akhir ketika perlawanan timbal balik yang akan berlangsung 16 April ini.
Dalam perlawanan itu, Kelantan yang turun sebagai pasukan pilihan nyata tidak mengecewakan apabila menundukkan Sarawak 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV.

Gol Kelantan disumbangkan oleh Faiz Subri pada minit ketujuh sebelum Khairul Izuan memastikan kemenangan milik tuan rumah pada minit ke-20.

Gol tunggal Sarawak pula dijaringkan oleh Joseph Kalang Tie pada minit ke-48.

Di Stadium Larkin, Johor Darul Takzim (JDT) gagal memanfaatkan peluang  beraksi di halaman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Selangor.
Perlawanan Johor DT dan Selangor
Keputusan itu meletakkan anak buah bimbingan Fandi Ahmad dalam keadaan tertekan kerana harus mencatat kemenangan ketika berkunjung ke Stadium Shah Alam 16 April nanti.

Dua gol Selangor dijaringkan oleh Mahali Jasuli pada minit ke-15 dan Amri Yahya (68).

Gol tunggal JDT disumbangkan oleh Safee Sali apabila berjaya meledak gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-82.

Di Stadium Paroi pula  menyaksikan Terengganu mencatat kemenangan besar dengan menewaskan Negeri Sembilan 3-1.

Gol Terengganu dijaringkan oleh Effa Owana, Ashaari dan Nordin.

Sementara itu, Pahang gagal mencari bekalan selesa di tempat sendiri apabila hanya terikat tanpa jaringan dengan  Sime Darby di Stadium Darul Makmur.-
sinar harian

Keputusan penuh suku akhir pertama Piala FA:

Kelantan 2- 1 Sarawak

Johor Darul Takzim 1- 2 Selangor

Negeri Sembilan 1- 3 Terengganu

Pahang 0- 0 Sime Darby

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib