Sunday, 21 April 2013

Terengganu garang, T-Team kutip 3 mata

Aksi Felda United dan Terengganu.
DUA pasukan ‘adik-beradik’ iaituTerengganu dan T-Team mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing dalam saingan Liga Super, hari ini.

Dalam perlawanan tadi, Terengganu menundukkan Felda United 2-1 di Stadium MP Petaling Jaya.

Keputusan itu membuatkan anak buah E. Elavarasan naik satu anak tangga untuk menduduki tangga ketujuh liga dengan mengumpul 17 mata hasil 13 perlawanan setaakt ini.

Dua gol Terengganu dijaringkan oleh Faizal Muhamad pada minit keenam dan G Puaneswaran pada minit ke-83, manakala gol tunggal Felda United diperoleh menerusi Azrul Ahmad (52).

Sementara itu, T-Team turut memperoleh tiga mata penuh selepas mengenepikan Perak 2-0 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah.


T-Team dan Perak.
Keputusan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan T-Team apabila mereka kekal di tangga kedua tercorot dengan mencatat 12 mata hasil 13 perlawanan setakat i ini.

Terengganu akan menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah pada 26 April manakala T-Team akan bertemu Kelantan di tempat lawan pada 27 April.-sinar harian




Berikut keputusan Liga Super semalam:

Felda United 1-2 Terengganu

T-Team 2-0  Perak

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib