Tuesday, 9 April 2013

Semakin ramai desak Butler dipecat

Kedudukan tergugat.

Kemelut dalaman pasukan kelab T-Team sampai kemuncak apabila Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said diminta memecat jurulatih Peter James Butler.
Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Terengganu Mohamed Sekanther Abdul Hamid berkata, pihaknya mempunyai beberapa alasan untuk meminta Menteri Besar berbuat demikian.
“T-Team di bawah Butler begitu malap sekali,” katanya ketika menuntut penyingkiran Butler pada sidang media, semalam.
Beliau berkata, apa yang memalukan ialah tempat ke-11 dihuni T-Team dalam carta Liga Super selepas gagal mencatat sebarang kemenangan hingga pusingan pertama berakhir.
Lebih membimbangkan lagi, T-Team mungkin turun ke Liga Perdana tahun depan andai Menteri Besar tidak campur tangan dalam kemelut yang dihadapi pasukan itu.
T-Team perlu buat perubahan sebelum terlambat.
Beliau turut mempertikai keputusan Butler membatalkan sesi latihan Ahad minggu lalu. Ini kerana tiga pemain import dari Nigeria, Bosnia dan Perancis sudah tiba di Kuala Terengganu untuk menjalani sesi pemilihan menggantikan tempat dikosongkan penyerang Caleb Folan yang sudah ditamatkan kontrak.
“Butler bagaikan tidak serius mencari pengganti Folan kerana cuma mengadakan latihan sesi pagi Jumaat dan Sabtu sebelum membuat keputusan untuk berehat pada Ahad,” katanya.
Sekanther berkata, sepatutnya pasukan bekerja keras untuk bersiap sedia mencari pemain baru selain melakukan persediaan untuk bertemu Pahang apabila liga bermula Sabtu ini.
“Kami di PBSDKT amat kecewa dengan tingkah laku Butler dan mahu pengurusan tertinggi T-Team melakukan sesuatu dengan segera agar pasukan ini tidak terus tercampak ke dasar carta liga dan akhirnya terpaksa turun ke Liga Perdana musim depan.”-harian metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib