Wednesday, 3 April 2013

Sambut Ulang Tahun Percintaan Dengan Maksiat

Gambar hiasan
Tindakan sepasang remaja menyambut ulang tahun pertama percintaan mereka dengan melakukan hubungan seks di hotel bajet yang sering mereka kunjungi di sini, membawa padah apabila ditahan dalam serbuan mencegah maksiat, awal pagi kelmarin.


Dalam serbuan jam 3.10 pagi itu, pasangan berkenaan ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang.

Difahamkan, pelajar perempuan berusia 16 tahun itu berasal dari Bukit Kepong, Muar manakala teman lelakinya, seorang remaja berusia 18 tahun berasal dari Seri Menanti, Muar.
Remaja perempuan itu dikatakan menipu ibunya supaya menghantarnya ke restoran makanan segera di bandar ini dengan alasan bertemu dan bermalam di rumah seorang rakan.

Bagaimanapun, remaja perempuan yang masih bersekolah itu sebenarnya menemui teman lelakinya di restoran berkenaan sebelum menginap di hotel berkenaan untuk meraikan ulang tahun percintaan mereka.

Harian Metro difahamkan, pasangan berkenaan berkenalan setahun lalu dan mengakui sering berkunjung ke hotel itu setiap kali bertemu untuk berasmara. Sementara itu, Kadi Daerah Ledang Sulaiman Maidin berkata, serbuan dilakukan adalah operasi cegah maksiat berjadual dan berdasarkan aduan orang awam.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mengetuk pintu bilik, namun terpaksa menunggu lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya memakai tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui remaja lelaki tanpa pakaian tidur atas katil. “Berikutan itu, kami meminta mereka menunjukkan dokumen nikah atau bukti hubungan mahram, namun gagal menyebabkan mereka ditahan untuk siasatan lanjut. Remaja itu dibebaskan selepas dijamin keluarga masing-masing dan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.-harian metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib