Sunday, 14 April 2013

Rekod 2 tahun tidak kalah di Kota Bharu lebur

Faiz Subri jaring gol tunggal.

Rekod tanpa kalah Kelantan di stadium keramat - Stadium Sultan Muhammad IV - akhirnya lebur selepas tewas 3-1 kepada Tentera dalam aksi pertama pusingan kedua, saingan Liga Super, malam tadi. 

Kekalahan itu menyaksikan rekod bersih juara tiga piala musim lalu itu di gelanggang sendiri yang dipertahankan sejak 2011 dicemari anak buah B Sathianathan yang tampak lebih menguasai permainan untuk menebus kekalahan 3-2 kepada Red Warriors sebelum ini. 

Pelawat mengejutkan kira-kira 15,000 penyokong tuan rumah apabila rembatan kencang Hairuddin Omar pada minit ke-11 menerjah jaring selepas bola tertampan pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim Ab Halim sekali gus menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. 

Ketiadaan pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri kerana menerima tiga kad kuning dalam perlawanan sebelum ini ternyata melonggarkan benteng tuan rumah apabila Kelantan sekali lagi dihukum dengan jaringan kedua pelawat menerusi Christie Jayaselan pada minit ke-22 yang bijak menampan masuk bola hantaran lintang Marlon Alex James.

Fakri masih belum serasi.
Kelantan akhirnya berjaya merapatkan defisit gol menerusi pemain sayap Mohd Faiz Subri pada minit ke-39 selepas rembatan kencangnya dari sudut sukar untuk menewaskan Farizal Haron.

Bersambung babak kedua, Tentera terus menambah derita Kelantan apabila Marlon bijak menampan masuk hantaran lambung Affize Faisal Mamat pada minit ke-64 yang menyaksikan Khairul Fahmi tertewas buat kali ketiga.

Kemasukan bekas penyerang Atletico SC, Ahmad Fakri Saarani yang menggantikan Norfarhan pada minit ke-63 juga gagal mengubah kedudukan.-berita harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib