Friday, 5 April 2013

Raja Kamarul Bahrin Bakal Wakili Pas Di Kerusi Parlimen Kuala Terengganu

Raja Kamarul Bahrin

PAS memberi bayangan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka Terengganu (Amanah), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah akan bertanding atas tiket parti itu di kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Bayangan itu dinyatakan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, ketika berceramah di Cabang Tiga di sini malam tadi, yang turut dihadiri Raja Kamarul Bahrin.
Turut hadir Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Raja Kamarul Bahrin mengakui adamenerima tawaran daripada PAS Terengganu untuk bertanding sebagai calon merekapada pilihan raya umum ke-13 ini.

"Secara tidak rasmi begitulah (dicalonkan) tetapi saya masih belum terimaapa-apa tawaran (rasmi) dan saya tidak mahu mendahului parti jadi biarlah mereka umum dahulu," katanya.

Raja Kamarul Bahrin juga berkata beliau akan mempertimbangkan tawaran itujika benar PAS memerlukan beliau bertanding.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kini disandang Pesuruhjaya PAS negeri Abdul Wahid Endut yang memenanginya menerusi pilihan raya kecil pada Januari 2009. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib