Friday, 12 April 2013

Polis tahan tiga pelajar kes pukul ketua kelas

3 suspek yang memukul ketua kelas.

Polis menahan tiga pelajar bagi membantu siasatan insiden memukul seorang pelajar di sebuah sekolah di Seberang Jaya, di sini, yang disebarkan dalam Youtube sejak beberapa hari lalu. Ketiga-tiga pelajar terbabit, yang berusia 15 tahun ditahan di rumah masing-masing sekitar Seberang Jaya pada kira-kira jam 11 malam kelmarin.


Ketua Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata tangkapan itu bagi membolehkan polis mengambil keterangan suspek untuk melengkapkan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Setakat ini, kita sudah merakamkan percakapan lapan orang, termasuk mangsa, pelajar yang merakamkan video pergaduhan itu dan guru sekolah berkenaan.

Video yang tersebar di laman sosial.
Kita akan bebaskan pelajar terbabit jika keterangan, yang diperoleh mencukupi tetapi jika belum cukup (keterangan), kita akan mendapatkan perintah tahanan reman, katanya, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya, di sini, dibuang sekolah pada 8 Mac lalu selepas didapati bersalah memukul seorang pelajar di sekolah berkenaan pada 4 Mac lalu. 

Pelajar terbabit dikatakan masih dalam proses rayuan terhadap hukuman berkenaan.

Kejadian dikatakan berpunca daripada tiga pelajar tingkatan tiga yang berang dengan tindakan mangsa, yang juga ketua tingkatan mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.

Berikutan itu, tiga pelajar terbabit merancang bersama beberapa pelajar lain membelasah mangsa.-berita harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib