Tuesday, 16 April 2013

Polis minta henti sebar video lucah

Tan Sri Khalid Abu Bakar

Polis memberi amaran keras kepada semua pihak termasuk penulis blog supaya menghentikan penyiaran video lucah membabitkan individu mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sesiapa yang memiliki cakera video digital (DVD) lucah berkenaan dan menyimpannya dalam telefon bimbit turut tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
Katanya, tindakan akan diambil jika video terbabit dikesan masih disebarkan dengan memuat naik menerusi pelbagai medium termasuk telefon bimbit dan laman sosial Facebook.
“Setakat ini, polis masih melakukan siasatan berhubung dua laporan yang diterima di Terengganu dan terbaru di Kuala Krai, pada Jumaat lalu. Siasatan berkait pengedaran dan memiliki video lucah dan kita tidak mengambil kira pelakunya tetapi kita mengambil kira kesalahan yang berlaku.
“Setakat ini, kita masih belum dapat mengesan mereka yang edar video lucah terbabit, namun kita akan cuba kesan. Kepada yang memiliki video ini, saya nasihatkan serah kepada polis, kalau kita kesan boleh diambil tindakan,” katanya.
Penyebaran DVD itu mula tersebar Khamis lalu apabila polis Terengganu merampas 16 keping DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang itu di Kampung Alor Lintang.-harian metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib