Friday, 5 April 2013

Piya Pilih Dickson Nwakaeme Sebagai Penyerang Kelantan

Dickson Nwakaeme mencuri tumpuan peminat Kelantan.

Pada firasat kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi dua elemen harus dijadikan kayu pengukur untuk Bojan Hodak membuat keputusan mendaftarkan penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme ke dalam skuad The Red Warriors (TRW) sebaik jendela perpindahan dibuka semula 8 April ini. 

Badhri atau lebih dikenali dengan panggilan mesra, Piya beranggapan Nwakaeme bukan sahaja dapat membaca hantarannya namun memiliki kemahiran mengawal bola lebih baik berbanding penyerang import, Keita Mandjou. 


Pemain tengah berusia 30 tahun itu turut mengakui beliau lebih serasi beraksi bersama Nwakaeme berbanding Keita dan Dimitri Petratos. 

“Apa yang saya tahu barisan serangan Kelantan akan berubah apabila pusingan kedua Liga Super disambung nanti. Jika saya diberi pilihan, saya akan memilih Nwakaeme mengemudi barisan depan bagi saingan Liga Super.

Piya pilih Nwakaeme
“Saya akui semakin serasi dengan permainan Nwakaeme. Kemampuan sebenarnya sebagai penyerang yang digeruni tidak boleh dinafikan lagi terutama selepas berjaya membantu Kelantan dalam saingan Piala Konfederasi Asia (AFC). 

“Kami memerlukan penyerang yang mampu melakukan penyudah selain boleh memecah benteng lawan untuk bangkit menguasai Liga Super selepas kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu (Lions XII),” katanya.

Dia ditemui selepas melawat keluarga wira negara, Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24 yang terkorban ketika menyertai Ops Daulat membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu 13 Mac lalu, di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, kelmarin. 

Aksi memukau penyerang import bertubuh sasa itu ketika membenam SHB Da Nang dari Vietnam 5-0 dalam saingan Piala AFC Selasa lalu menambah keyakinan Piya untuk terus beraksi bersama.-berita harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib