Monday, 8 April 2013

Penjenayah samun & cabul guru berjaya ditangkap

Tun Hisan menunjukkan barangan yang disamun.
Kumpulan penjenayah ini bukan hanya menyamun dua guru tadika malah turut mencabul kehormatan mereka di hadapan murid-muridnya di Bukit Sentosa, baru-baru ini.

Dalam kejadian pada 7 Januari itu, dua lelaki bersenjatakan parang memecah masuk tadika dan terus mendapatkan guru yang sedang mengajar sebelum menyamun dan mencabul kehormatan mereka.

Penjenayah kemudiannya memecah masuk empat buah rumah di kawasan berhampiran dan melarikan pelbagai barang.

Mereka juga dipercayai menyamun seorang peniaga nasi lemak dan lima pelanggan yang sedang beratur di tepi jalan di Kuala Selangor, 19 Januari lalu.

Bagaimanapun kegiatan kumpulan ini disekat sepenuhnya dalam serbuan di sebuah rumah di Wangsa Maju, Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dalam serbuan kira-kira jam 1.20 petang itu, lapan lelaki, berusia 20 hingga 30 tahun, ditahan. Katanya, polis merampas 57 telefon bimbit, 47 utas jam tangan, lapan buah motosikal curi, kerangka motosikal dan tiga buah kereta.


Barang kes dirampas.
Tun Hisan berkata, polis turut merampas pelbagai senjata tajam digunakan ketika menyamun dan alatan curi kenderaan.

“Kumpulan ini aktif sejak awal 2012 dan turut terlibat dalam kejadian samun di beberapa buah negeri antaranya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan serta Melaka.

“Ahli kumpulan akan menggunakan tiga motosikal jenis Kawasaki Kips berwarna merah, biru dan hijau ketika melakukan samun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Katanya, polis turut menyerbu rumah ibu bapa kepada salah seorang suspek dan turut merampas antaranya lapan buah motosikal curi serta 10 geran motosika
l.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib