Monday, 22 April 2013

Penagih acu pisau cederakan ibu gagal beri duit


Seorang penagih mengugut ibunya dengan mengacukan pisau bagi memenuhi desakan
Gambar hiasan
mendapatkan wang membeli dadah. 


Sumber berkata, mangsa berusia 49 tahun itu berada di rumah di Kampung Pulau Duyong di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika didatangi suspek berusia 27 tahun yang membawa pisau.

Suspek didakwa mengacukan pisau ke arah ibunya dan mendesak diberi wang untuk membeli dadah. 

Bagaimanapun, mangsa enggan memenuhi permintaan itu, menyebabkan suspek berang dan mengambil televisyen di ruang tamu yang dipercayai untuk dijual, katanya ketika dihubungi. 

Difahamkan, suspek adalah penagih tegar dan masih dalam pengawasan. 
Katanya, suspek dilaporkan kerap mengamuk dan memecahkan barang jika permintaannya mendapatkan wang tidak dipenuhi.

Beliau berkata, mangsa yang bimbangkan keselamatannya membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga sebaik anaknya meninggalkan rumah manakala suspek ditahan tidak lama kemudian. 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.-berita harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib