Wednesday, 24 April 2013

Pemuda dibelasah enggan beli pil kuda

Gambar hiasan

Seorang pemuda berusia 20-an dibelasah hingga pengsan oleh rakan sekampung kerana enggan membeli pil kuda yang ditawarkan kepadanya. 

Dalam kejadian pada kira-kira jam 8.30 malam, mangsa ditemui pengsan di pekarangan Balai Raya Kampung Kubang Parit di sini, Sabtu lalu dengan kesan kecederaan di kepala, badan dan kaki. 
Dipukul dengan cangkul 

Sumber memberitahu, berdasarkan maklumat saksi, mangsa dipukul menggunakan cangkul oleh suspek yang dipercayai tidak berpuas hati pil kuda yang ditawarkan, enggan dibeli. 

Sumber itu berkata, bapa mangsa sempat melihat kelibat seorang lelaki meninggalkan tempat kejadian dengan membawa sebilah pisau. 

Menurutnya, bapa mangsa yang berada di tapak Masjid Kampung Kubang Parit, tidak jauh dari tempat kejadian bergegas mendapatkan anaknya selepas dimaklumkan seorang lelaki. 

Setibanya di tempat kejadian, dia melihat anaknya terlantar atas tanah dan dikerumuni orang ramai. Mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk diberi rawatan, katanya di sini, semalam.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib