Thursday, 18 April 2013

Nik Abduh Nik Aziz Tanding di Parlimen Pasir Mas

Nik Abduh Nik Aziz
Pas Kelantan menyenaraikan 16 muka baru untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dengan diketuai Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Aziz akan mempertahankan Dun Chempaka.

Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob kekal mempertahankan kerusi Dun Pasir Pekan.

Anak Menteri Besar,Nik Abduh Nik Abdul Aziz, 43, pula akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas, sekali gus berhadapan dengan calon BN, Che Johan Che Pa dan calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali.

Pengumuman calon Pas dan PKR diumumkan malam tadi di Padang Majlis Daerah Machang, dengan dihadiri oleh semua calon.

Bagaimanapun calon Dun Ghucil dan Paloh tidak diumumkan atas alasan teknikal.

Nik Amar mengumumkan calon Dun manakala Ahmad Yakob menyenaraikan nama calon kerusi Parlimen.

Dr Ramli Mohamad diumumkan bertanding di kerusi Dun Bunut Payong bagi mengganti tempat Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan yang diumumkan berpindah ke kawasan Parlimen Kota Bharu.

Selain itu, Ketua Pemuda Pas Pasir Mas, Mohd Rozi Muhamad diumumkan bertanding di kerusi Dun Tendong, bakal berdepan calon Barisan Nasonal (BN), Datuk Hanafi Mamat.

Lain-lain calon muka baru Pas ialah Datuk Dr Ezani Hussin di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa; Abdul Rahman Yunos (Dun Pasir Tumboh); Mumtaz Mohd Nawi (Dun Demit); Ahmad Marzuk Shaary (Parlimen Bachok).

Dalam pada itu, bekas ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah bertukar kawasan ke Parlimen Gua Musang dan bakal menentang Tengku Razaleigh Hamzah.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika berucap mengingatkan ahli Pas agar akur dengan keputusan yang dibuat pemimpinan yang diketuai Menteri Besar.

Sambil membayangkan terdapat ketidakpuasan hati terhadap terhadap pencalonan, Mohd Amar berkata, apa yang penting Umno dapat ditumbangkan.

"Kita harap semua penyokong memberi sokongan padu, soal ketidakpuasan dibuang demi menumbangkang Umno," katanya.

Sementara itu, Nik Aziz berharap pemimpin lama dapat membantu calon baru yang diangkat bagi memenangkan parti secara keseluruhannya.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib