Friday, 26 April 2013

Memey Suhaiza bertudung atas kerelaan sendiri

Memey tenang selepas bertudung.

Pelakon, Memey Suhaiza, 24, mengambil keputusan untuk terus mengenakan tudung sejak Ahad lalu, namun enggan menghebohkan penghijrahannya kerana bimbang niat murni itu disalah erti. 

Isteri kepada aktor, Norman Hakim, 37, itu berkata keinginan berhijrah bukan di atas paksaan sesiapa, sebaliknya beliau berasa kurang selesa tanpa mengenakan hijab selepas mula memakainya ketika menghadiri acara sukan di sekolah anak tirinya, hujung minggu lalu. 

Saya masih dalam proses belajar dan berdoa semoga niat ini akan ditetapkan-Nya. Sebelum ini pun saya sudah beberapa kali mengenakan tudung, tetapi perasaan untuk mengenakan tudung semakin kuat selepas itu membuatkan saya menetapkan niat. 
Atas kerelaan sendiri.

Hasrat itu kemudian saya sampaikan kepada suami menerusi SMS (khidmat pesanan ringkas), yang sememangnya meminta saya bertudung sebagai hadiah ulang tahunnya, 8 Januari lalu. Cuma ketika itu saya belum bersedia, katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam. 

Terdahulu, gambarnya mengenakan tudung, baru-baru ini mendapat maklum balas positif daripada peminat yang berharap beliau terus kekal dengan imej terbabit, tambahan pula selepas melahirkan anak pertama pada 1 Februari lalu.-berita harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib