Monday, 22 April 2013

Mantan MB Selangor Mat Taib sah sertai Pas

Muhammad Taib serah borang ahli Pas.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasminya menyertai Pas apabila beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu.

Muhammad yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Tertinggi Umno itu menyerahkan borang keahlian Pas pada jam 11.30 pagi dalam satu sidang media khas.

Penyerahan itu disaksikan barisan pimpinan tertinggi Pas yang hadir, antaranya Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib merupakan bekas Menteri Besar Selangor ke-11 dan menggalas jawatan itu selama hampir 12 tahun sejak 1986.
Disokong ahli majlis pimpinan tertingi Pas.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2008, namun Muhammad berkhidmat dalam tempoh yang singkat, iaitu hampir dua tahun sahaja.

Menurut Abdul Hadi, pengisytiharan Muhammad untuk menyertai Pas sengaja dilakukan pada hari ini, iaitu selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Sabtu lepas bagi mengelakkan daripada timbulnya isu beliau mahu bertanding dan jawatan dalam parti.

"Lebih baik pengisytiharan dilakukan lepas penamaan calon bagi melahirkan keikhlasan, jadi tak timbul dia nak jadi calon.

"Lagi pun lepas penamaan calon, kita tahu tak boleh kuasai media perdana untuk umumkan perkara ini," katanya.

Sementara itu, Haron berkata saat yang dinantikan sejak 20 tahun lalu ketika mengenali Muhammad, kini menjadi kenyataan.

Ini adalah kerana semasa Muhammad menjadi Menteri Besar, Haron kerap kali dijemput memberikan ceramah di rumah beliau kerana minat yang mendalam terhadap ilmu agama walaupun mengetahui Haron adalah aktivis Pas pada waktui itu.

"Tidak mustahil suatu hari nanti Tan Sri akan sertai Pas," katanya.-
sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib