Sunday, 28 April 2013

Lions XII kekal pendahulu liga, Perak belasah Johor DT

Aksi Kelantan dan T-Team
PASUKAN dari Singapura, Lions XII masih mempertahankan kedudukannya di persada Liga Super walaupun hanya berkongsi satu mata dengan Selangor  di Stadium Shah Alam malam tadi.

Keputusan 0-0 tetap  membolehkan Lions XII untuk terus menerajui takhta liga dengan mengumpul 28 mata, lebih tiga mata berbanding pencabar terdekat, Johor Darul Takzim (JDT).

Sementara itu, Johor Darul Takzim (JDT) gagal meneruskan rentak kecemerlangan apabila tewas mengejut 0-3  kepada Perak di Stadium Ipoh.

Kegagalan pasukan bimbingan Fandi Ahmad mencuri tiga mata membuatkan misi mereka untuk merampas takhta liga daripada Lions XII tidak kesampaian apabila skuad yang diberi jolokan Harimau Selatan itu  kekal di tangga kedua dengan mengutip 25 mata.

Dalam perlawanan itu, pemain import baru Perak,  Paulo Rangel menunjukkan aksi membanggakan apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-12, 67 dan 88 untuk  memastikan tiga mata menjadi milik mereka selepas gagal pada perlawanan minggu lepas.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan bangkit membuktikan mereka masih berbisa apabila berjaya mencipta kemenangan dengan menewaskan T-Team 3-1.

Tiga gol Kelantan dijaringkan oleh Dickson Nwakaeme pada minit ke-31, Norfarhan Muhammad minit ke-59 dan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-91.

Keputusan itu meletakkan anak buah bimbingan Bojan Hodak kekal di tangga kesembilan dengan mengumpul 17 mata hasil 14 perlawanan setakat ini.-sinar harian


Berikut keputusan Liga Super yang berlangsung malam ini:

Kelantan 3-1 T-Team

Perak 3-0  Johor Darul Takzim

Selangor 0-0 Lions XII

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib