Thursday, 11 April 2013

Liga M 2014 benar 3 pemain import dalam setiap pasukan

Hamidin ketika sidang media FAM semalam.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia telah bersetuju untuk membenarkan tiga pemain import beraksi dalam satu pasukan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula tahun depan.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM merangkap Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin semalam.
Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan bersama semua ahli majlis pada mesyuarat Exco FAM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur semalam.
Hamidin memberitahu, kuota satu lagi import hanya akan dibuka kepada pemain dari benua Asia sahaja, namun penjaga gol import tidak dibenarkan untuk beraksi dalam Liga M.
Jelasnya, perubahan itu dilihat mampu memberikan kesan positif terutama buat pasukan-pasukan yang beraksi pada Piala AFC.
"Barisan Exco FAM telah membincangkan usul yang dibawa Jawatankuasa Pertandingan Tempatan tentang penambahan pemain import pada musim depan.
Marlon antara pemain import menyerlah musim ini.
"Dalam usul tersebut, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mencadangkan dua pemain import ditambah kepada tiga atau tiga pemain import tambah satu (pemain Asia) seperti yang diprak- tikkan dalam Piala AFC.
"Exco telah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar tentang pro serta kontra dan akhirnya bersetuju untuk melaksanakannya pada musim 2014 yang mana pemain import dinaikkan kepada dua tambah satu pemain dari Asia.
"Jika sesebuah pasukan itu tidak memiliki pemain import dari Asia, maka mereka hanya perlu menggunakan dua tenaga import sahaja. Kuota tambahan itu adalah untuk pemain dari Asia," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco FAM di ibu negara semalam.
Dalam perkembangan lain, Hamidin turut mengumumkan bahawa FAM telah bersetuju untuk memberikan dana kepada pasukan Liga M yang menjadi tuan rumah untuk liputan siaran langsung.
Katanya, RM15,000 akan diberi- kan kepada tuan rumah sementara RM5,000 akan diserahkan kepada pasukan pelawat.
"Langkah ini dibuat memandangkan kemungkinan disebabkan siaran langsung itu, ia memberikan kesan terhadap kehadiran penonton.
"Jadi, Exco telah bersetuju untuk meluluskan mana-mana pertandingan Liga Super dan Liga Premier yang diadakan secara siaran langsung, pasukan tuan rumah akan mendapat RM15,000 dan pasukan pelawat akan menerima RM5,000," katanya.-kosmo


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib