Saturday, 13 April 2013

Ketua Polis Sabah naik pangkat kejayaan Op Daulat Lahad Datu

Ismail (kiri) memakaikan pingat kepada Hamza.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dinaikkan pangkat kepada Komisioner Polis (CP) daripada Deputi Komisioner Polis (DCP), berkuat kuasa semalam.
Pemakaian pangkat disempurnakan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada satu majlis di Mess Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.
Hamza ketika berucap berkata, beliau gemuruh sebaik menerima berita kenaikan pangkat itu, namun berjanji berusaha gigih menggalas mandat diberi.
“Secara peribadi, saya tahu tugas ini amat mencabar dan kejayaan ini tidak akan saya capai tanpa sokongan semua pihak terutama Ismail serta seluruh Kontinjen Sabah.
“Saya berjanji menggalas tugas diamanahkan ini dengan bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan rakyat Sabah khususnya ketika kita sedang menghadapi insiden pencerobohan
Kejayaan Op Daulat dapat penghargaan.
pengganas di Lahad Datu dan menjelang pilihan raya umum nanti,” katanya.
Berasal dari Jasin, Melaka, Hamza sebelum ini memegang jawatan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman selain Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak selama dua tahun sebelum dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah bermula tahun 2010 sehingga kini.
Sementara itu, Ismail menyeru warga PDRM khususnya Kontinjen Sabah berusaha lebih gigih memastikan keselamatan terus terjamin.
“Kita juga merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan kerana mengiktiraf pembabitan PDRM dalam Op Daulat di Lahad Datu menerusi majlis pemakaian pangkat ini.
“Bagi saya pemakaian pangkat ini menunjukkan keprihatinan pihak kementerian meneruskan agenda memastikan kesejahteraan rakyat selain mengukuhkan tahap keselamatan di kawasan pantai timur,” katanya.
Terdahulu, Ismail memakaikan pangkat DCP kepada Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Abd Rashid Harun yang dilantik Komander Pasukan Keselamatan PDRM untuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).
Turut dinaikan pangkat, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Keselamatan Cawangan Khas, Bukit Aman Datuk Ahmad Nadzer Nordin menjadi Ketua Perisikan Bersama ESSCOM.-harian metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib