Wednesday, 17 April 2013

Kelantan tunggu Terengganu, Pahang lawan Johor DT di separuh akhir

Owana cuba merampas bola.
KELANTAN akan bertemu Terengganu sementara Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan separuh akhir Piala FA yang akan berlangsung bulan depan.

Pada perlawanan suku akhir kedua malam tadi, Kelantan berjaya menumpaskan Sarawak 2-0 untuk menang agregat 4-1 di Stadium Negeri di Kuching.

Sebelum ini, Kelantan mendahulu Sarawak 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammad IV.

Dua gol Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-18 dan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-30.

Sementara itu, turut mengiringi Kelantan ke separuh akhir ialah satu lagi pasukan Pantai Timur iaitu Terengganu yang mencatat kemenangan dengan agregat 6-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah.

Terengganu yang mendahului Negeri Sembilan 3-1 pada perlawanan pertama sebelum ini meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan pasukan pelawat 3-0.

Amri yahya membuat percubaan.
Tiga gol Terengganu dijaringkan oleh Ashaari Samsudin pada minit ke-24 sebelum Effa Owana meledak gol pada minit ke-53 dan 73.

Di Stadium MP Selayang, naib juara Piala FA musim lepas, Sime Darby gagal mengulangi pencapaian tersebut apabila tewas dengan agregat 0-2 kepada Pahang.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada perlawanan pertama.

Pemain import Pahang, Matias Conti muncul waira buat pasukannya apabila menyumbangkan dua gol pada minit ke-75 dan ke-80.

Harimau Selatan merupakan pasukan terakhir mengesahkan slot apabila berjaya menewaskan Selangor menerusi sepakan penalti 4-2 selepas kedua pasukan terikat dengan agregat 3-3  sepanjang  120 minit tamat masa perlawanan.

Dalam aksi 90 minit di Stadium Shah Alam, Selangor tewas 1-2 kepada JDT  walaupun tuan rumah mendahului pelawat hasil jaringan Mahali Jasuli pada minit 28 sebelum bintang import baru Harimau Selatan dari Argentina, Leonel Nunez menjaringkan gol minit 66 dan 86.

Selangor sebelum ini menewaskan JDT 2-1 pada perlawanan pertamam di Stadium Larkin.

Perlawanan separuh akhir dijadualkan berlangsung pada 25 Mei untuk aksi pertama sebelum timbal balik pada 28 Mei ini.


Berikut keputusan suku akhir kedua Piala FA:

Terengganu 3-0 Negeri Sembilan
* Terengganu mara dengan agregat 6-1

Sime Darby 0-2 Pahang
* Pahang mara dengan agregat 2-0

Kelantan 2-0 Sarawak
* Kelantan mata dengan agregat 4-1

Selangor 1-2 Johor Darul Takzim (JDT)
* JDT mara dengan kemenangan 4-2 menerusi sepakan penalti-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib