Wednesday, 24 April 2013

Kekalahan teruk Kelantan tidak masuk akal - Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa ‘naik angin’ apabila melihat prestasi pasukan bimbingan Bojan Hodak diaibkan oleh Maziya Sports & Recreation (SR) 1-6 dalam perlawanan kelima kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), malam tadi.

Sambil menyifatkan kekalahan itu tidak masuk akal, Annuar berkata, siasatan susulan akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kekalahan tersebut.

“Apa yang berlaku di Maldives memerlukan satu siasatan oleh jawatankuasa pasukan negeri yang di pengerusi Dato Rosmadi.

“Walaupun kita faham The Red Warriors (TRW) mungkin tidak memerlukan kemenangan kerana telah layak ke pusingan kedua dan keputusan Bojan mahu merehatkan pemain, namun melepaskan lima gol dalam masa 45 minit mesti disiasat,” kata Annuar dalam laman Facebook.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, “entah apa taktik dan percaturan yang dilakukan Bojan."

“Tapi apa yang pasti, kekalahan semalam mesti disiasat untuk mengetahui punca sebenar,” jelas beliau.

Selepas lima perlawanan Kumpulan G, Kelantan kekal di tangga teratas dengan 10 mata, Da Nang (sembilan mata), Maziya S&RC (tujuh mata) dan Ayeyaway United (tiga mata).

Selepas ini, Kelantan akan bertemu Ayeyawady United dalam perlawanan terakhir di Stadium Sultan Muhammad IV 30 April.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib