Thursday, 4 April 2013

(Kejutan) Tok Maimun Mahu Tanding PRU13 Pada Usia 94 tahun


Maimun ketika kempen pilihan raya lalu
Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) apabila hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ini merupakan PRU kedua yang ditandingi oleh Tok Mun selepas tewas pada PRU yang lalu kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi.

Bagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi.
Lambang kunci digunakan

Walaupun tahu sukar untuk menang kerana pelbagai kekurangan, beliau tetap bertekad mencabar calon lain dalam pilihan raya kali ini. Parlimen Kuala Terengganu dipercayai bakal ditandingi dua pihak berpengaruh iaitu penyandang kerusi Pas dan dicabar calon dari Barisan Nasional.

Dijangkakan, Tok Mun sekali lagi akan menjadi calon tertua pada PRU kali ini.-utusan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib