Sunday, 21 April 2013

Johor DT nafi Safiq Rahim berhijrah

Safiq Rahim dikaitkan dengan Felda dan S.Darby.
KAPTEN Johor Darul Takzim, Safiq Rahim sah kekal beraksi bersama Johor Darul Takzim (JDT) dan tidak akan menyarung mana-mana jersi pasukan lain.

Enggan melayan spekulasi yang disifatkan sebagai gosip liar mengenai perpindahan pemain itu yang sengaja ditimbulkan oleh pihak luar, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Mohd Fahmy Yahya berkata, JDT tidak akan melakukan sebarang rombakan pemain buat masa ini.

“Ia spekulasi tidak berasas. PBNJ masih memerlukan khidmat Safiq dan tiada perancangan melepaskan dia.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita ini timbul,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ditanya mengenai hasrat Felda United yang dilihat serius untuk mendapatkan khidmat Safiq, Fahmy berkata, terpulanglah kepada mereka, mungkin itu pandangan daripada pihak Felda.

“Tetapi bagi pihak PBNJ, kami tidak pernah berbincang untuk melepaskan Safiq.

“Saya tidak mahu komen banyak, cukuplah saya katakan Safiq tidak akan berhijrah ke mana-mana, dia akan kekal bersama JDT,” katanya.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib