Wednesday, 10 April 2013

“Itu Hanya Pelukan Sahabat” – Nabila Huda

Nas-T dan Nabila.

Makin hari semakin merisaukan apabila golongan artis mula menghalalkan setiap perbuatan mereka dengan “dalil” tidak berilmu yang keluar dari mulut mereka sendiri untum menghalalkan perbuatan mereka yang ditentang oleh orang ramai.
Kontroversi terbaru melibatkan seorang artis yang selalu sahaja mencemarkan diri dengan kontroversi negatif siapa lagi kalau bukan Nabila Huda yang sebelum ini dikatakan hangat bercinta dengan Nas-T. Bakat tidak seberapa, kontroversi sahaja yang lebih (bagi kami). Heh.
Telah menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia apabila malam semalam di ABPBH2012, Nabila Huda yang berjaya merangkul Anugerah Pelakon Wanita TV Popular itu meraikan kemenanggannya dengan memeluk Nas-T, Awal Ashaari dan Fizz Fairuz. Kita sememangnya tahu mereka semua adalah rakan artis Nabila Huda, tetapi adakah itu menghalalkan anda
Nabila menang pelakon wanita popular.
untuk memeluk mereka dengan terbuka di khalayak ramai? Tidak timbulkan rasa malu kepada Allah?
“Okay, Nas-T, Fiz Fairuz, Tomok, Awal Ashaari, Lisa Surihani dan Scha, itu semua… sahabat-sahabat saya daripada kami semua tak ada apa-apa lagi. Mereka kawan-kawan saya sejak dari masa muda lagi. Pada saya, ia pelukan sahabat. Bila kita rasa gembira atau rasa sedih dan kemudian bila kita peluk seseorang yang kita kenal, dah tentu kita akan rasa bertapa leganya kita dapat peluk kawan-kawan kita, kan.
Saya peluk semua orang. Saya tak kisah orang nak cakap apa pun. Mulut orang takkan boleh tutup. Saya tak kisah semua itu. Sebab saya gembira dengan dunia saya. Saya ada satu kehidupan yang begini dan satu lagi kehidupan yang begitu (kontroversi) atau apa-apa”, katanya dalam laporan Malaysia Digest.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib