Friday, 19 April 2013

Emma Maembong nafi Kekasih Zizan


Zizan rahsia kekasih hati.
PENGAKUAN pelawak, pengacara, Zizan Razak bahawa dirinya kini sudah jatuh cinta pada seorang gadis ketika majlis hari jadinya yang ke-29, baru-baru ini, mengundang teka-teki siapakah gerangan wanita bertuah itu.

Apatah lagi, Zizan mengambil langkah untuk merahsiakan gadis tersebut dengan alasan dia sendiri masih belum meluahkan perasaannya.

Namun, Zizan mengakui gadis tersebut telah menghadiahkan telefon bimbit iPhone 5 sempena ulang tahun kelahirannya itu.

Bagaimanapun, kehadiran artis baru, Emma Maembong pada majlis hari jadinya itu menyebabkan ramai pihak berpendapat Emma adalah permaisuri yang berjaya menakluki hati pelakon Hantu Kapcai itu.

Mengakui Zizan mempunyai ciri-ciri lelaki lelaki idaman iaitu pandai membuat lawak, namun Emma menegaskan hubungan yang terjalin tidak lebih daripada sekadar kawan rapat sahaja.

"Bagi yang tidak tahu, saya sebenarnya berada di bawah pengurusan syarikat milik Zizan.
Emma akui belum berpunya.
"Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan.

"Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu.

“Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya,” katanya.

Mengakui bahawa dia kini masih lagi belum berpunya, Emma tidak menolak jika berkahwin dalam usia muda dan semuanya bergantung kepada ketentuan Ilahi.

Berkongsi perkembangan terkini mengenai kariernya, Emma berkata, dia kini semakin sibuk mengatur jadualnya kerana terlibat dalam penggambaran filem terbaru arahan Mamat Khalid.

"Saya terlupa tajuk filem tersebut tapi buat masa sekarang, saya mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada filem ini,” katanya.

Tambah Emma, biarpun dia banyak menerima tawaran lakonan drama tetapi dia lebih selesa memberi tumpuan terhadap satu-satu kerja terlebih dahulu.

"Selepas siap filem ini, barulah saya akan mempertimbangkan untuk berlakon dalam drama.

"Namun semuanya masih dalam proses pemilihan," katanya.-
sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib