Tuesday, 16 April 2013

9 Penyandang Adun BN Terengganu digugurkan, 14 Muka Baru

Ahmad Said kekal di Dun Kijal.

 Barisan Nasional (BN) Terengganu menampilkan 14 muka baru dan empat bekas calon bagi menghadapi PRU-13. Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Said, berkata ada calon dikekalkan tetapi berlaku perubahan tempat dan ia dibuat berasaskan strategi parti.

Sembilan penyandang ADUN dan Ahli Parlimen digugurkan ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid; bekas ADUN Langkap, Ashaari Idris; Datuk Abdullah Mohd Zain (Parlimen Besut); Datuk Din Adam (DUN Bukit Besi); Khazan Che Mat (DUN Batu Rakit); Ramlan Ali (DUN Jabi); Ariffin Abdullah (DUN Paka); Zawawi Ismail (DUN Kuala Berang) dan Halim Jusoh (DUN Permaisuri). 

Muka baru dan bekas calon yang akan bertanding pula ialah Mohd Zuber Embong bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu; Wan Mahyuddin Wan Ngah (Wakaf Mempelam); Ismail Nik (Bukit Tunggal); Nik Dir Nik Wan Ku (Rhu Rendang); A Latiff Awang (Pengkalan Berangan); Che Mohd Zulkifli Yusof (Parlimen Setiu); Mohd Iskandar Jaafar (Jabi); Saberi Mohd Nor (Langkap); Mazlan Abd Rahman (Batu Rakit); Jailani Johari (Parlimen Hulu Terengganu); Yusof Awang Hitam (Manir); Razali Taib (Ajil); Rosli Daud (Bukit Besi); Zakaria Ali (Sura) dan Mahadi Musa (Kota Putera). 

Sementara itu, ADUN Kota Putera, Mohd Pehimi Yusof bertukar ke DUN Jertih; Datuk Yahya Khatib Mohamed dari DUN Pengkalan Berangan ke Parlimen Marang; Datuk Mohd Jidin Shafie dari Parlimen Setiu ke DUN Permaisuri dan Matulidi Jusoh dari Parlimen Dungun ke DUN Paka.-berita harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib