Saturday, 27 April 2013

(10 Gambar) Bangunan runtuh ragut 300 nyawa

Keadaan bangunan selepas runtuh.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa hidup yang masih terperangkap di bawah runtuhan kilang pakaian di Savar, pinggir Dhaka, Bangladesh, diteruskan selepas angka korban mencecah 300 orang, semalam.

Menurut pegawai, Jeneral Mohammed Siddiqul Alam Shikder, seramai 3,122 pekerja  berada di dalam premis berkenaan sebelum runtuhan berlaku.

"Pasukan mencari dan menyelamat yang turut dibantu para sukarelawan berjaya mengeluarkan sekurang-kurangnya 2,000 mangsa manakala hampir 300 mayat ditemui di bawah runtuhan konkrit," katanya dipetik dari laporan Al-Jazeera.

Menteri Kerajaan Tempatan, Jahangir Kabir Nanak memberitahu, insiden itu berlaku selepas tingkat empat bangunan Plaza Rana itu runtuh secara tiba-tiba.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, pengusaha kilang telah dimaklumkan mengenai kesan retakan pada bangunan tersebut tetapi, mereka masih enggan mengosongkan premis.

Runtuhan itu adalah insiden ketiga dalam tempoh lima bulan, sekali gus bakal merosakkan reputasi negara itu sebagai pengeluar tekstil kedua terbesar dunia.-sinar harian









0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib