Tuesday, 5 March 2013

'You ulang i saman you pulak' - Anwar Ibrahim


 “Jika anda ulang soalan isu pencerobohan ini lagi, saya saman.”
Itu reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada seorang wartawan yang meminta beliau mengulas laporan media asing mengaitkan Ketua Pembangkang itu dengan seorang ahli politik pembangkang di Sabah yang didakwa sebagai dalang pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu.

Sebaliknya, beliau mendakwa laporan berkenaan tidak menyebut pun kaitan beliau dengan krisis yang sedang melanda negeri itu.
“Ini pemikiran UMNO yang rosak, suara UMNO tak boleh fikir lain, dia buat tuduhan dan Filipina tak sebut pun,” katanya di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam.

Baru-baru ini, wartawan Philippines Daily Inquirer, Nikko Dizon melaporkan Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai ‘faktor luaran’ di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.-harian metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib