Sunday, 3 March 2013

Warga Thai ditahan ketika leka mengurut pelanggan

Seramai 15 tukang urut wanita warga Thailand ditahan anggota Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops Sayang di Taman Pelangi, di sini, 19 Februari lalu.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Khairulanuar Abu Bakar berkata, kesemua yang ditahan berusia 25 hingga 48 tahun dan didapati melakukan kesalahan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Hasil daripada aduan awam menyatakan terdapat warga asing bekerja tanpa pas dan permit selain melakukan kegiatan tidak bermoral, sekumpulan anggota Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri melakukan serbuan dan pemeriksaan.

“Ketika serbuan dilakukan ke setiap bilik-bilik terdapat beberapa wanita sedang mengurut pelanggan dengan berpakaian uniform.

"Kadar bayaran urutan dikenakan adalah RM57 dan akan mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM40 bagi setiap perkhidmatan tambahan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Gambar hiasan
Khairulanuar berkata, pemeriksaan ke atas mereka yang ditahan mendapati wanita warga Thailand itu bekerja sebagai tukang urut tanpa pas dan permit seterusnya masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial dalam tempoh tiga bulan.

Beliau berkata, wanita-wanita terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas.

Kesemua warga asing yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk tindakan lanjut.-sinar

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib