Tuesday, 26 March 2013

Tukang Masak Dituduh Ceroboh Rumah Jiran Dan Mencabul

Gambar hiasan
Seorang tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menceroboh rumah jirannya dan mencabul kehormatan wanita itu, bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Azuan Kamarudzaman, 23, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan pencerobohan rumah doktor di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi tuduhan kedua, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa berusia 30 tahun itu dengan maksud mencabul kehormatannya dengan memeluk dari belakang.-sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib