Monday, 11 March 2013

Tiada pergaduhan berlaku - Safiq Rahim


Safiq Rahim
Kapten Johor Darul Takzim (JDT) Safiq Rahim menafikan berlakunya pertengkaran sesama pemain dalam bilik persalinan berikutan rasa tidak puas hati atas kekalahan 1-4 kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Tegasnya adalah tidak benar apabila ada pihak yang mendakwa dirinya dikaitkan dengan insiden pertengkaran itu kerana baginya apa yang berlaku selepas perlawanan itu adalah perkara biasa.
“Tak betul, orang salah dengar, bukan saya. Tidak ada apa yang berlaku dalam bilik persalinan. Biasalah selepas perlawanan, kita kalah dan semua pemain kecewa. Tidak ada apa-apa pertelingkahan dengan pemain,” katanya kepada Arena Metro semalam.
Aksi Selangor dan Johor DT
Kekecewaan kekalahan kepada Selangor itu amat dirasai memandangkan ia kekalahan terbesar buat barisan bintang kendalian Fandi Ahmad itu musim ini.
Malah ia turut memberi kesan kepada usaha mereka untuk merampas kembali kedudukan teratas liga kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Dalam perlawanan itu pasukan tuan rumah tampil garang pada babak pertama dengan dua jaringan menerusi pemain sayap S Kunalan pada minit keempat dan Francis Forkey m-33.
JDT terus ketinggalan apabila bekas pertahanan Harimau Muda A, Mahalli Jasuli menyumbat gol m-67 sebelum Mohd Amri Yahyah menjadikan kedudukan 4-0 dua minit kemudian.-hmetro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib