Saturday, 30 March 2013

Tahniah Irma Hasmie & Ayu Raudhah Dapat Bayi Lelaki

Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

Pelakon Ayu Raudhah, 28, selamat melahirkan seorang bayi lelaki kira-kira pukul 2.17 petang Jumaat di Hospital Columbia, Johor Bahru (JB).
Suaminya yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan dan Johor, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 25, berkata, anak sulungnya itu dilahirkan seberat 2.79 kilogram (kg) dan kedua-dua isteri dan anak berada dalam keadaan sihat.
"Alhamdulillah, saya teruja dan pada masa sama rasa macam tak percaya pula bahawa kini saya seorang ayah.
"Sekarang ini tanggungjawab saya lebih berat lagi dan Insya-Allah saya dapat mendidiknya sebagai seorang anak yang baik," katanya yang dihubungi pemberita, Jumaat.
Bagaimanapun, tambah Zaquan, dia dan isterinya masih lagi belum memikirkan nama yang sesuai buat anak sulung mereka itu.
Irma Hasmie, suami dan anaknya
"Kami tak beri nama lagi. Biarlah Ayu berehat dahulu dan baru kami bincangkan nama yang sesuai.
"Selepas keluar wad nanti, Ayu akan berpantang di rumah kami di JB," ujarnya
Ayu dan Zaquan telah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.
Sementara itu, pelakon Irma Hasmie juga mendapat anak lelaki seberat 3.93 kilogram pada pagi Jumaat di sebuah hospital Swasta di Kuala Lumpur.
Suami Irma, Redza Shah Azmeer memaklumkan khabar gembira itu menerusi laman Twitter miliknya dan memberitahu bahawa isterinya berada dalam keadaan stabil selepas proses kelahiran.-mstar


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib