Wednesday, 13 March 2013

Suspek Kes Rogol Di India Bunuh Diri

6 suspek dihadapkan ke mahkamah
Suspek utama serangan rogol dan keganasan berkumpulan terhadap seorang pelajar perubatan dalam sebuah bas di New Delhi, India, tahun lalu disahkan membunuh diri, semalam.

Ram Singh, juga pemandu bas berkenaan dituduh merogol dan membunuh mangsa berumur 23 tahun bersama lima lelaki lain ditahan di Penjara Tihar sebelum ditemui dalam keadaan tergantung di dalam almari pakaian oleh pegawai polis.

Kematian Ram, 34, menambah persoalan mengenai sistem keadilan yang sebelum ini dikritik kerana gagal melindungi golongan wanita di India.
Ram dan empat suspek lain berhadapan hukuman mati jika didapati bersalah.



Masyarakat menuntut suspek dihukum mati

Manakala, suspek keenam kini ditahan di penjara juvana.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perumahan India, R P N Singh berkata, satu siasatan terhadap insiden kematian Ram telah dijalankan.

Dalam perkembangan lain, peguam Ram mendakwa pihak polis telah mengasari anak guamnya.

Bapa Ram, Mangelal Singh berkata, anak lelakinya itu telah diliwat oleh sekumpulan banduan lain sewaktu dalam tahanan selain menerima ugutan bunuh. - Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib