Sunday, 10 March 2013

Selangor Benam Johor DT, Kelantan Kecewa

Lions xii dan Kelantan
PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) gagal merampas kembali kedudukan pendahulu liga daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila tewas 1-4 kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini.

Keputusan itu membuatkan mereka turun dua anak tangga - berada di  kedudukan ketiga dengan mengutip 16 mata hasil 10 perlawanan setakat ini.

Selangor pula nyata memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri dengan meraih tiga mata sekali gus melonjakkan kedudukan kedua dengan 18 mata hasil 10 perlawanan setakat ini.
Dalam perlawanan itu, Harimau Selatan yang mengawal bola pada awal  permainan dikejutkan jaringan awal Selangor  apabila S.Kunalan menjaringkan gol pada minit ketiga hasil hantaran Mohd Amri Yahya.
Tersentak dengan jaringan itu, Harimau Selatan melancarkan serangan, namun gagal dilaksanakan dengan baik apabila percubaan pemain importnya, Daniel  Guiza tersasar jauh.
Selangor dan Johor DT
JDT sekali lagi jampir menjaringkan gol penyamaan menerusi Norshahrul pada minit ke-14. Tetapi hantaran Nurul Azwan Roya gagal ditanduk oleh pemain itu. Gawang pelawat sekali lagi bergegar apabila Francis Forkey Doe menjaringkan gol kedua Selangor menerusi hantaran silang dari K. Solihin pada minit ke-32.
Bermula babak kedua, Harimau Selatan nyata agresif apabila melakukan percubaan kencang dari luar kotal penalti menerusi Muhd Azmie. Sepakan itu berjaya ditepis oleh Norazlan.
Selangor terpaksa bermain dengan 10 orang apabila pemain pertahanan, Peter Charappan dilayangkan kad merah kerana mengasari Norshahrul pada minit ke-56.
Ketiadaan Peter, Selangor nyata tidak berdepan masalah apabila pasukan itu terus berpesta gol selepas Mahali Jasuli dan Mohd Amri Yahya menjaringkan gol pada minit ke-66 dan 68.

Tidak mahu mengalah, JDT  berusaha mencari gol dan akhirnya berhasil apabila gerakan solo  Norshahrul pada minit ke-74 berjaya merembat leret menewaskan Norazlan.

Memasuki babak akhir perlawanan, JDT mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol.  Kekebalan Norazlan dan pertahanan yang kental oleh Selangor berjaya menyekat kemaraan Harimau Selatan untuk meraih tiga.-sinar
Berikut keputusan tiga perlawanan bola sepak Liga Super:      
    Lions XII FC     1     Kelantan               0
  
    Selangor         4     Johor Darul Takzim 1
  
    Negeri Sembilan  0     Felda United    1

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib